Tuesday, 19 February 2013

Zaman Pra-matang


Salam..

Jom masuk mesin masa

Kita kembali ke zaman persekolahan.

-

-
-
2012
-
-
-
2011
-
-
-
2010
-
-
-
2009
-
-
-
2008
-
-
-

Pada tahun 2007, aku dengan rasminya menjadi pelajar

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG NEGARA.

Ok! sama sekolah dengan kakak aku.
Err~

Di SMKPN ni laa aku jumpa first couple aku.
Aku jumpa sahabat aku.
Aku kenal hamba ALLAH hamba ALLAH itu.

Macam-macam kenangan tercoret.
Ada yang pahit, dan ada yang manis.

Let me story mory..

Dengan keputusan 2A 2B dan 1C,
Aku buat rayuan masuk SMKPN.

Maa cakap senang sebab satu sekolah dengan kakak aku.
Yelaa, result UPSR aku bukannya awesome sangat..

Masa form 1, aku duduk class Efisien.
Kelas nombor 5.
Dan tak sampai sebulan aku tukar, naik kelas Dediksi.

Masa Form 1 laa aku jumpa first couple aku..
*macam malu pulak kita*
Sekelas kot.

Then form 2 naik kelas Bestari.
Masa form 2 ni laa aku kenal Aileen,Zeera,Mine dan Fara.
Tapi tak rapat sangat.

Form 3 pun still kelas Bestari.
Dan masa form 3 ni laa kenangan manis tercoret.

Result PMR aku sangat awesome.
Sampai Maa tak sangka aku mampu dapat result 7a1b.
Yelaa,, aku kan banyak main.

Result PMR yang aku dapat buat aku layak duduk di claas
Sains Tulen, 4Arif.

Aku memang nak sangat masuk class SC sebab aku minat biology.

Haaaa ni bukti aku adalah pelajar class Pure Science
Bedah katak tu derr..


Bak kata orang, lepas PMR semua honeymoon year.
Aku pun termasuk sama laa.

Kesan daripada honeymoon year aku tu,
aku turun kelas Bestari masa form 5.
 padam muka aku !
 
Ohh muka innocent giler!

Haaaa, masa form 5 ni laa banyak kenangan yang tercoret.
Aku duduk class yang agak puaka laa bagi aku.
opss*

Nasib baik ada Aileen, Mine, dan Daniel.
Takde laa aku rasa class tu macam haper jee.

Masa form 5 ni laa aku banyak tak hadir.
Tahun aku sakit mungkin.

Dan yang aku paling takleh lupa adalah,
Ada sorang hamba ALLAH yang pukul kepala aku dengan botol air.
Lelaki kot !!

Reason dia pukul aku?
Arggh! malas aku ingat.

Dan aku tak leh lupa bila ada yang cakap aku ni tak layak di buat bini
Dan dengan mudahnya memberi title bodoh kat aku.
 Just sebab aku turun kelas, beliau dengan mudah memberi title bodoh kat aku.

Eh hello!
 selama 17 tahun aku hidup, Maa tak pernah cakap aku bodoh.
Tapi beliau dengan mudahnya melontarkan perkataan demikian.

Satu kamus Oxford pun belum tentu dapat bagi definisi bodoh tetapi beliau dengan mudahnya melontarkan perkataan itu kat aku semata-mata kerana aku turun kelas.

Ohh terima kasih wahai Beliau!

Dan aku janji, bila aku nak kahwin nanti, aku nak hantar sebundle kad jemputan dekat beliau dan beliau.

Dan aku nak cakap,
Aku laa orang yang beliau kata tidak layak di buat bini.
 
Forever 16

Walaupun macam-macam kenangan pahit tercoret,
Alhamdulillah aku still mampu menghabiskan zaman sekolah menengah aku.

Aku tak peduli pun apa cerita yang di bualkan tentang aku, janji aku pergi sekolah.
Aku memang tak leh terima bila hal luar sekolah aku di persoalkan.

Ye ye aku tahu aku ni takde laa baik mana,
Tapi aku masih boleh fikir dengan waras.

Maa dan Ayah bagi didikan agama yang cukup untuk aku.
Setiap langkah aku, Maa dan Ayah tahu.

Even aku keluar dating pun Maa yang hantar.
Yang mereka duk sibuk tu kenapa??

Argh!

ITU SEMUA POYO !!


Dan benda yang aku selalu buat masa zaman sekolah dulu adalah skodeng.
jeng jeng jeng!
Aku selalu skodeng bebudak dating.

Macam-macam drama aku tengok.
 Ada yang berdrama kasih, ada yang berdrama air mata bagai.

Oh cinta Monyet!
 
Bergraduasi di SMKPN

Alhamdulilah
 aku tamatkan zaman persekolahan aku di SMK Padang Negara.

Menduduki Sijil Pembelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011
sebagai calon SPM bagi aliran Sains Tulen.

Dan pada 22March2012
result SPM di umumkan.

Keputusan aku,,

2a 2b 3c 1d dan 1e

Budak lepasan SPM

Tak dapat tawaran UPU.
Aku sambung pembelajaran aku di tingkatan 6.

Masa form 6, aku still ambik aliran SC di sekolah menengah sultan sulaiman.
 Mula-mula malu gak 
tapi lama-lama rasa ok.

Dapat classmate yang ohsem!
Kepala giler-giler.
Best sangat.

tingkatan 6 bawah

 Dalam aku cuba sesuaikan diri di tingkatan 6,
aku dapat tawaran ke politeknik dalam khusus pengurusan pelancongan.

Kata orang peluang cuma sekali,
Maka aku ambik peluang tu dengan azam nak tebus semua kesilapan yang aku buat masa zaman sekolah.

Memandangkan Politeknik yang aku dapat terletak di dalam Terengganu jugak,
Maa lepaskan aku pergi.

Tapi niat di hati nak tukar poli. Kalau boleh nak mintak poli dekat Johor tak pun Melaka.
Tapi bila dah seronok duduk di Kota Metropolitan Kuala Berang ni, rasa sayang pulak nak pindah. 

Lagipun aku dapat balik tiap-tiap minggu.
 Maa cakap dia nak datang ambik tiap-tiap minggu sebab campus aku dekat je.

Sekarang anakmu menuntut janji wahai Ibu...
Muahahaha xDD

Dan sekarang aku bergelar student PHT.

Rumit jugak perjalanan zaman persekolahan aku.
Macam-macam benda aku buat.
Macam-macam benda terjadi.

Tapi itu semua laa yang buat aku bertambah matang.
Heeee~

Kenangan yang aku rasa pahit tu sebenarnya kenangan yang buat aku tersenyum harini.
Bukankah pengalaman itu guru terbaik.
Kan??

we learned from our mistake...from our past

"Zaman sekolah adalah zaman yang paling kita rindu suatu hari kelak."



Thursday, 14 February 2013

Sahabat..


Sahabat..

Entah kenapa aku teringin nak tulis mengenai ''sahabat''

Bagi aku sahabat ni adalah insan yang sentiasa ada di sisi saat senang mahupun susah.
Sahabat,kawan,teman

Pada sesetengah orang mungkin sahabat kawan dan teman adalah orang yang sama.
Tapi bagi aku tak.

Kawan??
Kita ada ramai kawan. Even baru tahu nama pun dia dah dapat pangkat kawan kepada kita.

Teman?
Sound special..
It could be TTM (Teman tapi mesra)

Sahabat..
Tak semua kawan kita adalah sahabat kita.
Tak semua teman mampu gantikan tempat sahabat.

Sahabat ni....
Orang yang sentiasa ada bersama kita.
Tak kira masa senang mahupun susah.

Tapi untuk anda-anda yang sudi baca entry saya ni, saya nak pesan satu benda..

"Musuh ketat kita adalah kawan baik kita sendiri"

Hahahaha
Mungkin sesetengah orang tak percaya..

One fine day,, you will agree with me.

Aku nak share dekat korang orang yang aku anggap Sahabat..

Aileen
Fara
Zeera
Mine


Mereka adalah sahabat terbaik yang pernah aku ada.
Saat aku jatuh, mereka setia di sisi aku.
Walaupun beribu orang menghina aku, mereka tetap setia di sisi aku.

Aku rindu sangat dengan korang..
Aku tahu masing-masing sibuk dengan belajar..
Tapi aku tak pernah sekali pun lupa korang..

Dua jejaka.

Daniel & Aliff

Aku kenal Daniel dari tingkatan 1
Kami sekelas. Aku selesa berkawan dengan dia.
Aku mula rapat dengan Aliff masa tingkatan 4.

Time tu kami selalu bertiga.
Pergi mana2 wajib ber-3.

Dan ada jugak yang jealous.
Of cozz laa makwe si daniel ni.

Aku selesa nak bercerita apa-apa dekat mamat 2 orang ni.



Ini Waa.

Aku kenal dia masa tingkatan 1 jugak. 
Tapi masa tu kami tak sekelas.
Aku selalu laa jugak cakap cakap dengan dia.

Alhamdulillah..
Walaupun dah habis sekolah, aku dengan Waa masih contact.
Dulu kami memang tak rapat. Tapi aku tak pernah lupa dia.
 Aku selalu pesan dekat Waa,

Walalupun beribu orang lupa dia, aku tak pernah sekali pun lupa dia.


Aten...

Aku kenal Aten masa aku masuk form6.
Dan aku tak tahu macam mana aku selesa dengan dia.
Dan dia pun boleh go on dengan aku.

Setiap kali aku balik, aku nak sangat jumpa dia.
Aku sayang sangat dengan Aten.

Sekarang dia dah study jauh.
Aku rindu dia..

Dia selalu faham masalah aku..
Aku dengan dia dah macam adik-beradik.
 Apa yang aku lalui, dia pun pernah lalui.
Dan apa yang dia alami, aku pernah alami.

Aten,, dilah rindu aten..
Lama giler kita tak jumpa..

Ini roommate tersayang aku.

Mirah & Ziera

Kami lain-lain class.

Ziera DAT2A
Mirah DAT2B
dan aku  DUP2A.

Walaupun kami jumpa hanya kat rumah, aku rasa kami sangat rapat.
Kalau nak compare dengan bilik-bilik lain, kami sangat rapat.

Kadang-kadang susah sangat nak berjumpa.
Time nak tidur je dapat jumpa, walaupun duduk serumah.
Hahahaha.

Aku respect sangat roommate aku ni.
Walaupun housemate aku sibuk duk mengata pasal aku, roommate aku tetap cool.
Langsung tak terpengaruh.
Sebab dia kenal aku macam mana.

Kemana aku pergi, pukul berapa aku nak balik, dengan siapa aku nak keluar, Mereka berdua ni laa orang yang akan aku inform.

In case kalau terjadi apa-apa dekat aku, maa dengan ayah boleh rujuk mereka berdua.
Orang luar tepi yang duk sibuk pasal aku tu tak penting.
 Bagi aku, Mirah dan Ziera lagi penting.

Alhamdulillah,,,
Aku bersyukur kerana Allah kirimkan mereka semua dalam hidup aku..

Terima kasih Ya ALLAH..

Selepas Maa, Ayah dan family yang lain, mereka laa orang penting dalam hidup aku.
Mereka laa yang ada saat aku susah, saat aku senang.
Berkongsi tawa..berkongsi duka dengan aku.

Mereka laa yang gapai tangan aku saat aku terkapai lemas dalam kekecewaan.

Mereka laa orang yang lap air mata aku di saat aku menangis dikecewakan orang yang aku anggap sahabat dunia dan akhirat.

Mereka laa yang sama-sama berkongsi ketawa dengan aku.

Mereka laa orang yang tak pernah pandang kelemahan aku.

Mereka laa orang yang tak pernah kisah dengan taraf pembelajaran aku.


Dan
Mereka sentiasa ada dalam doaku.....

Semoga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke Jannah..
Amin......

 

Kenangan 2012


2012 dah sampai ke penghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.

Dalam tak sedar, banyak kenangan yang tercoret.

Dalam 2012 ni, macam-macam aku lalui.

1. Jadi student PHT
2. Duduk berjauhan dari family
3. Dikecewakan
4. jumpa encik comel
5. Kenal mirah b and zeira b
6. jumpa de' busuk Mazni, Nelly and Mai
7. Kenal dengan penghuni Ummi Hostel
8. Beli BabyBerry
9. Beli babyMV
10. Result final yang awesome!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aduh! banyak giler kenangan tahun 2012 ni..

Aku sambut tahun baru di bandar kota metropilitan Quber bersama kawan-kawan.
Walaupun hujan, di bandar kami jugak ada bunga api.

Wowww!
Aku sangat teruja.
Excited giler!!
Tapi tengok ikut tingkap jee.
Hujan laa katakan.

Azam tahun baru?

Hmmm.. azam aku nak berubah laa.
Nak dapat AKJ untuk sem 2 dan seterusnya.

No more main-main.

Last sekali...

Selamat
Tahun Baru!!

p/s: dari tahun lepas lagi aku taip entry ni. Sekarang baru berkesempatan nak post. Masa malam tahun baru tuu line busy sangat. Tak sempat nak post. Then bila dah lama tertangguh, terus berkulat duduk dalam draft.