Sunday, 25 August 2013

MERDEKA !


''Usaha tangga kejayaan.''

''Demi 10markah, aku teruskan.''

''Walau kena menyanyi dekat depan, akan aku lakukan.''

''Semoga 10 markah ada dalam genggaman.''

p/s: terima kasih untuk cik fara sebab sudi contengkan bintang dan bulan dekat jalur gemilang aku ni. Walaupun jalur gemilang aku lebih buruk daripada contengan budak tadika.

''it's not about the art. it's all about the sense of pride to be Malaysian''


Aku anak Malaysia!

Aku bangga!

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke-56!

Malaysia BOLEH!

Saturday, 3 August 2013

Dee' product


Anaa sudah jadi ini saudagar minyak wangi.

Haiya! haiya!

Beli ini minyak sama ana.

Bau banyak wangi.
Tahan lama.
Harga pun lagi murah dari yang kat kedai.

Jangan salah faham.
Anaa bukan jual minyak wangi yang pasar malam punya.
Spray pukul 2,pukul 2.15 dah takde bau.

Ini minyak tahan sampai 5-6jam
Datang dari Dubai sana.

Ada macam-macam jenama.
Harga murah-murah jee.

Rm150

Market price: rm200++

Moh lerr beli !

Friday, 2 August 2013

Perhatian


Kajian mengatakan bahawa perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki.

Pada usia 18-20tahun,
seorang perempuan telah mengalami proses kematangan.

Manakala lelaki pada usia tersebut masih mengekalkan identiti tidak matang.

Tidak hairan laa jika si lelaki masih menggunakan idea/alasan bodoh untuk melepaskan diri daripada masalah.

Namun begitu, hal ini bolah di selesaikan jika ada kemahuan daripada empunya badan.

Antara contoh ketidakmatangan lelaki pada usia 18-20tahun:

1. Menggunakan alasan tidak logik untuk mendapatkan sesuatu. 

Seperti: Mahukan perhatian daripada pasangan ataupun kekasih. Perhatian di sini bermaksud, mahukan pasangan yang mempunyai masa 24/7 bersama dia. Tanpa mengira faktor faktor yang mungkin ada. Si lelaki hanya fikirkan kemahuannya tanpa mengetahui apa yang di hadapi oleh pasangannya. Hal ini akan sering berlaku apabila pasangan itu mrnjalinkan hubungan jarak jauh,

''long distance relationship''

2. Pengaruh

Seperti: Apabila dia melihat kawan-kawan sekeliling berlaku curang kepada pasangan mereka, hati turut terdetik untuk melakukannya. Perkara ini tidak berlaku kepada lelaki sahaja, perempuan turut melakukan hal yang sama. Di sini akan wujudnya hubungan yang bersegi-segi.

''platonic cinta'' 

3. Tindakan melulu.

Seperti: Membuat keputusan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang dan pihak yang terlibat. Hal ini akan menyebabkan banyak pihak menerima kesan.

''you get what you give''