Tuesday, 25 June 2013

Perjalanan..

  
Aku Lala. Perjalanan aku bermula sebaik sahaja aku tamat zaman persekolahan. Aku tak keseorangan. Bersama aku ada hampir 20 orang yang aku anggap kawan. Namun, sorang demi sorang pergi menjauh. Ada haluan yang mereka pilih sendiri. Aku ingatkan orang yang sama-sama memulakan perjalanan dengan aku akan terus bersama aku. Langkah aku menjadi semakin perlahan. Malah ada yang melemparkan kerikir tajam ke arah aku. Tapi aku tak jatuh. Siapa sangka, Allah berikan aku pilihan. Dalam aku asyik terus berjalan, Allah buka satu haluan baru untuk aku. Aku pilih haluan baru. Tak ku sangka, haluan baru yang aku pilih penuh cabaran. Sempit. Berduri. Namun aku terus melangkah demi keluarga dan cita-cita. Dan aku tahu beliau ada untuk sokong aku. Haluan aku semakin hari semakin di permudahkan oleh Nya. Saat aku sudah mampu menstabilkan diri di haluan baru, aku terpandang akan beliau. Beliau bersama seseorang. Ya..seseorang yang aku kenal. Orang yang memulakan perjalanan bersama aku dahulu. Mungkin beliau aku abaikan saat aku terlalu asyik dengan haluan baru ku. Aku terpandang akan kebahagiaan beliau bersama seseorang. Aku berjeda seketika. Mengenang nasib diri. DIA di atas sana menitipkan kekuatan untuk aku. Kenapa perlu aku berhenti? Aku sepatutnya menikmati haluan ku yang kini berturap usaha. Berpagarkan peluh keringat. Aku terus melangkah. Kenkadang aku berlari. Menikmati haluan yang aku usahakan. Di sebalik ini semua, ada sahabat yang menyokong aku. Walaupun dia di haluannya, tapi dia masih kirimkan semangat untuk aku. Terima kasih. Di tengah perjalananku, Beliau datang. Datang menyapa aku. Sayangnya, aku bukan Lala di awal perjalanan dulu. Aku adalah Fadi. Lala sudah pergi. Pergi bersama angin yang menyapa. Mengapa Lala pergi? Kerna Lala terlalu banyak terluka. Lala berkorban demi kawan, demi beliau. Tapi tiada orang pun yang menghargai usaha Lala. Fadi akan terus berjalan, demi mengubat luka yang Lala alami. Aku tak keseorangan. Ramai yang silih berganti menemani aku. Beliau? Beliau berjalan bersama aku. Aku tak halang beliau untuk berjalan bersama aku dan aku tak pernah menrayu agar beliau menemani aku. Beliau pergi dahulu atas kemahuan sendiri. Beliau kembali kini bukan kerana aku yang mengemis. Perjalanan aku masih panjang. Masih banyak dugaan. Aku perlu bersedia. Orang sekeliling panggil aku Dilah. Aku sedar ada kelembutan dalam panggilan ''dilah''. Oleh sebab itu, orang dengan mudah pijak aku. Jatuhkan aku. Hukum aku. Aku perlukan identiti baru. Bukan lagi identiti yang buat orang senang-senang jatuhkan aku. Bermula saat ini, panggil aku Dee !

Saturday, 8 June 2013

Ulang Tahun ke-9 belas


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Aku masih bernyawa sehingga ke hari ini..

 Baru-baru ni aku sambut ulang tahun ke-9 belas.
Tahun terakhir aku bergelar gadis belasan tahun.
Sekejap jee masa berlalu kan..

Petang tuu aku keluar dengan Fara, Aileen dan Mine.
Mereka belanja aku naik bot.
Best giler!



 Selain tuu,,
mereka belanja kek!

Terima kasih sahabat.
Aku tak pernah rasa happy camni.

Ada mu 3 orang pun cukup doh untuk buat ulang tahun aku bermakna.



Petang keluar dengan sahabat.
Malam pulak keluar dengan En. Wan


Tadaaaa!

Beliau belanja kita makan sate.
Weee~

Seronok giler!

Terima kasih beliau.

Terima kasih buat semua yang kasi ucapan, doa dan semuanya.
Terima kasih..