Monday, 29 July 2013

Rasa ini..


Sakit pabila orang yang aku sayang buat begini.
Kecewa apabila harapan yang aku berikan tak di hargai.
Rasa dikhianati bila terbaca apa yang cuba di sembunyi.

Sedih bila mengenangkan nasib diri.
Rasa di perbodohkan oleh orang yang di sayangi.
Tidak adil apabila diperlakukan sebegini.

Rasa diri ini umpama boneka yang tak berharga.
Diri ini hanya di perlukan kala sunyi.
Si dia umpama ketawa melihat diri ini.

Termenung mencari khilaf diri.
Dimana silap yang tersembunyi?
Hati siapa yang aku guris?

Sakit ini tak siapa yang mengerti.
Mereka cuma nampak lakonan diri.
Hati yang terluka di tanggung sendiri.

Sampai bila aku nak bersembunyi?
Aku tak mampu pejam mata lagi.
Peritnya masih dirasai.

Aku tak mampu bertanya itu ini.
Hanya mampu menunggu dia memberi.
Berharap agar dia jujur kali ini.

Jelaskan semua yang tersembunyi.
Perkara yang aku tak ketahui.
Siapa dia dan siapa aku?

Mungkinkah ini cemburu?
Atau luka hati?

Aku tak minta kau memilih.
Cukup kau jujur.
Aku sudah mmengerti.

Kalau dulu aku lari.
Sekarang aku tunggu penjelasan.
Tunggu pengakuan kau sendiri.

Saturday, 27 July 2013

Peluang ke 2?


Kenapa perlu ada peluang ke-2?

Kepercayaan datang dahulu sebelum kasih sayang.
Kalau di balas dengan kecurangan, mana mungkin ada peluang ke-2.

Aku masih ingat apa yang Miss bagitahu aku.

''semua yang berlaku adalah berpunca daripada diri kita sendiri"

Mencari di mana silap diri ini.

Adakah aku ambil hak orang?
Adakah aku lukakan hati seseorang?

Oh Tuhan..
Sakitnya hanya Dia yang tahu..

Maa,,,
ini ke yang angah dapat lepas angah buat untuk dia?
Ini ke balasan yang angah terima?

Kalau angah tahu, angah akan sakit lagi, angah takkan bawak dia jumpa Maa.
Angah takboh Maa pun turut terluka.

Aku cuba lupakan semuanya.
  Cuba pujuk hati aku untuk dia.

Aku pejam mata untuk perkara yang berlaku.
Aku cuba semuanya.
Tapi kenapa aku masih terluka.

Terluka dengan orang yang aku sayang.
Orang yang keluarga aku sayang.

Redha?
Aku dah redha semua benda yang dia buat dulu.

Tapi kali ni?
Aku tak tahu.
Aku tak tahu mampu tak aku redha seperti dulu. 

Rasa sayang ni?
Aku akan simpan rasa sayang ni.

Untuk siapa?
Untuk dia.

Siapa?
Dia yang selayaknya.

Untuk kau..

''Kenapa kau perlukan peluang ke-2?''

''Sedangkan peluang pertama kau siakan begitu sahaja.''

''Kesetiaan yang aku berikan, kau balas dengan kecurangan.''

''Kebahagiaan yang aku harapkan, kau berikan kedukaan.''

''layakkah kau untuk dapatkan peluang ke-2?''

''Maaf andai aku pernah lukakan hati kau.''

''Kau tak perlukan aku.''

''Bagi kau aku bukan siapa-siapa.''

''Kau selayaknya dapat orang yang lebih baik.''

''aku bukan boneka yang kau perlukan saat kau keseorangan.''

''terima kasih untuk rasa yang kau berikan ini.''

''untuk kesekian kalinya, terima kasih..'' 




 



Tuesday, 9 July 2013

Berjumpa lagi..



Yang di tunggu telah tiba.
Alhamdulillah...

Bila sebut je Ramadhan, banyak benda terlintas dalam kepala.

1-Terawih
2-Sahur
3-Zakat
4-Bazaar
5-Bedil
6-Pelita
7-Mercun
8- Malam lailatuqadar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Last but not least

''Aidilfitri''


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.
Amin..

Friday, 5 July 2013