Sunday, 30 September 2012

October is Coming!


OCTOBER
IS
COMING!

Aku suka bulan october.
Bagi aku bulan october banyak kenangan dan kegembiraan.
Tiap-tiap tahun aku akan tunggu tibanya bulan october.

Aku harap bulan ni akan bawa seribu makna untuk aku.

Kebahagiaan
Keberkatan
Kejayaan
Kegembiraan


Biarkan bulan September berlalu bersama kelukaan dan kekecewaan yang singgah dalam hidup aku.
Dan biarkan October datang membawa kegembiraan dan kebahagiaan untuk aku.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Dan yang paling penting dalam bulan ni adalah.....
Perkara yang akan menentukan masa hadapan aku.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Doakan aku..

Kalau sempat aku nak pergi jumpa Teacher Zarina.
Nak kongsi berita gembira dengan dia.
Dah lama sangat aku tak jumpa dia.
Rindu...

Nak minta restu dengan dia..
Semoga aku dapat jalani semuanya dengan baik.
Dia laa yang selalu ada waktu aku down.
Dan aku nak kongsi berita gembira ni dengan dia..

October is coming! Please take me with you..

Tuesday, 18 September 2012

R.I.N.D.U


Harini aku nak bercakap pasal RINDU.

Rindu??

Sebenarnya aku tak pandai nak rindu rindu ni.
(pengakuan jujur)

Dulu time couple, pakwe aku selalu cakap rindu.
Dan aku tak tahu apa yang nak dirindukan.
Baru cuti 2 hari,dah rindu.

Kat sekolah hari hari boleh jumpa.
Text lagi, BBM lagi.
Call pulak.
Gambar tak payah cakap laa.
Memory phone penuh dengan gambar je.
Dalam wallet lagi.
Fesbuk dengan twitter pun sama.
Dekat mana mana ada gambar.

Dah tu tang mano yang duk rindunya??

Bukan rindu namanya kalau hari hari duk text,bbm,call and jumpa.

Tapi, sejak akhir akhir ni aku baru dapat rasa apa itu rindu..
Rindu ni satu perasaan yang halus sangat.
Datang menusuk ke hati.
Kadang kadang sampai mengundang air mata.

Yelaa aku kan duduk jauh(jauh ke?)
Takde masa nak call Maa.

Biasanya Maa yang selalu call aku.
Then bila dah lama tak dengar suara Maa,
Aku rasa rindu sangat.
Rindu sangat sangat..

Selama ni aku duduk sebumbung dengan Maa.
Buka mata je tengok Maa, dengar suara Maa.

Bila dah duduk jauh ni, sibuk dengan urusan lain.
Sampai takde masa nak call.
Dengar suara Maa pun tak sampai 5minit.

Bila dah terlampau rindu, aku tengok laa gambar.
Tapi faham faham laa, gambar Maa tak laa sebanyak mana.


Kadang kadang, bila kita terlampau rindukan seseorang tu,
sampai masuk mimpi.
Serius tak tipu!
Korang pernah alami tak??

Ada dua kemungkinan kenapa sampai boleh masuk mimpi.

1- Dia terlampau rindukan kita.
2- Kita terlampau rindukan dia.



 
''Ku titip rindu dalam doaku''

Thursday, 13 September 2012

Aku Redha.....


Asalamualaikum..
Tajuk entry aku, "Aku Redha.."

Entry ni bukan nak cakap yang aku ni alim.
Ye aku tahu aku ni takde laa baik sangat.
Ilmu pun ciput je.

Entry ni aku nak luahkan apa yang aku rasa.
Untuk seseorang.
Dan aku rasa tak perlu laa aku mention nama mereka.

Firstly,,
entry ni langsung takde niat nak memerli atau ber''kias''
Aku tulis ni sebab aku nak mereka tahu apa yang mereka tak tahu.

4/9/2012
Dengan mata yang separuh terbuka aku dapat BBM dari someone.
Dia mintak aku tengok fesbuk.
Dan entah kenapa hati aku terdetik nak check fesbuk melalui phone.

Aku terus pergi dekat info.
Yes! you know what i mean :)

Bermulanya detik tu,
Aku dengan hati yang ikhlas, hilang semua rasa sakit di hati.
Takde langsung rasa dendam mahupun benci dekat korang.
Demi Allah aku cakap, sungguh aku tak berdendam.

Dari hari pertama kita kenal,, sampai laa ke saat ini..
Aku redha kan semuanya..
Aku redha dengan semua benda yang berlaku antara kita.
Takde rasa benci mahupun sakit hati.

Semua ni berlaku atas silap aku sendiri.
Dan dalam hal kita tidak ada erti
"perampas" mahupun "dirampas"

Aku rasa hal kita tidak perlu dipanjangkan lagi.
Tak perlu ada dendam.
Aku tenang dengan semua ni.

Semua ni ada hikmah..

Cuma aku mintak dengan kau,,
jangan kait kan nama aku lagi.

Anggap je kita cuma orang asing. Tak pernah kenal antara satu sama lain.
Aku rasa itu yang terbaik untuk kita.

Tak perlu di hebohkan.
Yang lepas biarkan lepas.
Terima dengan hati terbuka.
Kita bukan anak kecil lagi.

Kau dengan hidup kau,
dan biarkan aku dengan hidup aku.

Kalau kau nak aku block, unfriend, unfollow ataupun delete dia.
Atau kau nak aku hantuk kepala aku dekat dinding supaya semua memori aku pasal dia hilang?
Just staright to the point.
Tak perlu di besarkan hal yang kecil.

And one more thing.
Tolong anggap aku ini manusia 
dan bukanya binatang yang tiada perasaan.
Kau faham kan?

Dan,,,,
Aku doakan semoga Allah merahmati hidup kita.

Dan.........
Aku ingatkan sekali lagi,, 
Entry ni bukan untuk show off atau raih simpati atau nak berlagak atau apa apa pun....
Sekadar luahan hati dan contengan blog yang tah apa apa.

Dan aku rasa kau takde apa yang nak di dendamkan dengan aku.
I never touch your life.
Right?
Enough is enough.

"Jangan ada dendam antara kita"


Adik-adik ku dan kawan kawan sekalian,,
Terima kasih..

Terima kasih sebab selalu ada dan berikan kekuatan untuk aku.
Terima kasih sebab take care pasal aku.
Korang punya caring sampai buat aku nak menangis.
Malu tahu! besar besar pun nangis :p

Tolong doakan kebahagiaan aku..
Aku sayang korang..

''Redha itu perlu di cari, bukan di nanti"


"Allah takkan uji hambanya jika mereka tidak mampu"

~Semua yang berlaku menjadikan aku lebih kuat~


"Put yourself on my place and you will know how it feel"


Sekian....
Salam sayang dari aku..
Terima kasih kerana sudi membaca entry ini :)

Tuesday, 11 September 2012

Minat --> Suka --> Sayang --> Cinta


Minat
-
Sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
Dalam erti kata lain: Minat ditujukan kepada seseorang yang ada peribadi atau barang yang kita inginkan.

Suka
-
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Apabila kita bersamanya kita akan tergelak sampai nak pecah perut. Tapi kita tak laa rindu sangat pada dia kalau tak berjumpa seminggu.
Dalam erti kata lain: Suka ditujukan kepada seseorang yang menjadi pelawak dan penghibur hari-hari kita.

Sayang
-
Kita memerlukan dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepada masalah kita
Dalam erti kata lain: sayang ditujukan kepada kepada seseorang yang boleh membuang masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita tidak cinta kepadanya.

CINTA
-
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. segala apa yang kita buat, kalau boleh kita mahu dia tahu. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
Dalam erti kata lain: Cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat  dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi. Kita mencintai dia sepnuh jiwa dengan hati yang ikhlas walaupun dia tidak tahu.



Tetapi kita perlu ingat bahawa tanpa minat,suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang..

Sumber: "Hei! Aku Kenal Cinta"