Minat
-Sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
Dalam erti kata lain: Minat ditujukan kepada seseorang yang ada peribadi atau barang yang kita inginkan.
Suka
-Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Apabila kita bersamanya kita akan tergelak sampai nak pecah perut. Tapi kita tak laa rindu sangat pada dia kalau tak berjumpa seminggu.
Dalam erti kata lain: Suka ditujukan kepada seseorang yang menjadi pelawak dan penghibur hari-hari kita.
Sayang
-Kita memerlukan dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepada masalah kita
Dalam erti kata lain: sayang ditujukan kepada kepada seseorang yang boleh membuang masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita tidak cinta kepadanya.
CINTA
-Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. segala apa yang kita buat, kalau boleh kita mahu dia tahu. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
Dalam erti kata lain: Cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi. Kita mencintai dia sepnuh jiwa dengan hati yang ikhlas walaupun dia tidak tahu.
Tetapi kita perlu ingat bahawa tanpa minat,suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang..
Sumber: "Hei! Aku Kenal Cinta"


No comments:
Post a Comment