Thursday, 30 May 2013

Hospital !



Assalamualaikum...

Nak cerita pengalaman baru aku.
Tak pernah-pernah  pun adik beradik aku yang check in dekat hospital sebelum ni.
Tetiba aku lak yang pecah tradisi.

Mahu kecoh satu rumah masa malam kejadian bila aku menangis teresak esak sebab tak boleh buang air.

Maa pun bawak pergi hospital.
ingatkan tak payah laa bermalam, misi kat sana saja tak kasi aku balik.


Badan aku kurang air.
Ye.. aku ngaku yang aku memang tak minum air masak. Asyik minum air manis jee.
Mahu tak kering air dalam badan aku.
Selama aku check in dekat rumah batu tuu, hampir 4 botol air dieorang masukkan.



Lepas buang wayar tuu, baru laa aku boleh bergerak sikit.
Kalau tak kerana tangan aku bengkak, takde maknanya dieorang nak cabut.
Nak makan pun susah bila ada wayar tu.

Nasib baik Maa tolong suapkan.
Heee.. sila jeless..



Adik-adik bergilir jaga aku dekat hospital.
Aku mana boleh duduk sensorang.

Waa pun ada datang jenguk aku.
Terima kasih Waa!

Sepatutnya tak payah bermalam, tapi suhu badan aku tinggi.
Sebab tu kene tahan jugak.
Kakak teman aku tidur malam tuu.

Kakak sampai terpaksa ambik cuti kecemasan.


 Bila surat keluar dortor kasi, mahu nak melompat aku.
Aku dah rindu giler nak balik rumah.
Bukan best pun duduk dekat rumah batu tu.

Tapi ok laa,
Dapat pengalaman..

Yang paling best bila misi-misi kat sana jadi kawan aku,
Yelaa semua sebaya dengan aku.
Siap borak borak lagi.

Tak sempat nak ambik gambar.

Kalau cik misi baca blog kita ni, cik misi contact laa kita.
 Best laa kawan dengan cik misi semua !



ini lagi sorang yang teman aku dekat hospital tuu.

Terima kasih sebab sudi teman saya !

Monday, 27 May 2013

Cuti Semester



Assalamualaikum..

Cuti semester yang agak panjang.
Mesti ada yang tengah buat part time sekarang.
Aku ni pun buat part time jugak.
Jadi babysitter.

Jaga Dadaa dekat rumah.

Sibuk sangat layan si Dadaa sampai tak sempat nak on lappy.
Dah berhabuk pun lappy kita.

Sepanjang cuti bermula aku memang duduk rumah jee.
Nak keluar tapi tak sampai hati nak tinggal Dadaa.
Jadinya aku habiskan masa dengan baca novel.

Setelah sekian lama aku tinggal kan aktiviti membaca aku..
Tapi Maa bagi syarat kalau aku nak baca novel.
Kena make sure semua kerja siap.

Sapu sampah.
Kemas rumah
Mandi adik
Ambil adik sekolah

Lepas semua kerja siap, baru boleh baca novel.

Cuti, cuti jugak..
hati tetap tak tenang.

Result dah nak keluar!!!

Berapa laa pointer aku kali ni,.

28/5/3013

p/s: good luck untuk classmate aku yang tersayang..
moga kita dapat banggakan Daddy kali ini..