Sunday, 17 November 2013

De story of Semester 3

 
 
 
Sekejap je masa berlalu. Sekarang kita dah sampai di hujung tahun.

Time fly so fast..

Apa aku nak cite ni ek?
Macam banyak lak nak share.

Ok i got it!

Lets story mory about sem 3.

Oh mai!
Macam tak caya je aku dah tamatkan semester 3.
like zeriously!
can you belif that?
Ahak!
 
Sem ni takde laa padat mana jadual.
Maklum laa satu paper je final.
 
Tapi aku rasa sem ni paling mencabar.
 
We are not like before. So do I.

We already change
OpS! im sorry.
 
We're not change.
We just grow up.
Yes! all the ribena already grow up.

We all have our own life. 
So....
We live our live.
Simple!
 
dan aku dah tak duduk rumah sewa.
Aku tak sihat dan maa lebih suka kalau aku berulang alik.
Dan itu laa kehidupan aku seharian
 
Pukul 7 pagi turun dari rumah.
1jam perjalanan aku untuk ke K.Berang.
 
ALONE!
 
Me drive alone.

Penat.
Sangat penat.

Bayangkan aku drive dari KT ke Quber sejam.
Dan duduk 5minit, class cancel.

 pengorbanan..

Sem ni best sebab aku rasa banyak benda aku belajar.
Aku belajar macam mana nak kawal diri aku.
Aku lebih confident.
 
Nak tahu apa yang buat ribena awesome?
Ribena adalah pelakon terbaik!!
 
Kami tak perlukan skrip.
Cuma bagi situasi dan kami akan lakonkan.
 
Ribena cool.
 
Ribena selalu di jadikan bahan kajian.
Contohnya,
 
 1.senior senior kami buat latihan marine di bukit keluang tapi kami di laguna agro.
2.simulasi senior kami di melaka. tapi kami cuma di kuala terengganu dan masanya hanya separuh hari.

ohsem sangat!

Dan bayangkan jadual exam kami tukar pun kami tak tahu. 
Sehari sebelum exam baru kami tahu.

But..
we still give the best.

Dan tamatnya sem3 maka berpisah laa kami.
Untuk jangka masa yang agak panjang.

Bertemu lagikah kita?
Adakah aku masih bersama mereka?
Masih samakah ribena di sem5 nanti?
 
Jaga diri ribena..
Ada jodoh aku dengan korang, maka bertemu laa kita.
 
 

 Stay awesome now and forever.

 
Our daddy!
Thanks for everything
every single thing.
 
Sorry if we always make a trouble.
honestly we love you.
 
Mana ada orang yang boleh lawan daddy ribena ni.
 
Hahaha xD
 
Doakan kami. Terima kasih sebab jaga kami.
Kami akan banggakan Encik.
 
Jumpa lagi !

Sunday, 29 September 2013

Fakta Anak ke-2





Anak ke-2.

Fakta.


  1. Degil
  2. Berdikari
  3. Penyayang
  4. Mudah terasa
  5. Mudah merajuk
  6. Mudah terpujuk
  7. Tak suka di arah
  8. Ikut kepala sendiri
  9. Terlalu mudah
  10. Senang berkawan
  11. Susah untuk memaafkan
  12. Ringkas
  13. Sukar di fahami
  14. Gila-gila
  15. Peramah
  16. Susah bertoleransi
  17. Suka memendam rasa
  18. Bukan multi-tasking
  19. Pemerhati
  20. Setia

    Aku anak ke-2.
    Aku tulis semua yang di atas berdasarkan diri aku.
    Perangai aku.

    Dan kebanyakannya sama dengan anak ke-2 yang lain.


    ''kau perlu kenal siapa diri kau sebelum kau cuba untuk kenal orang lain."

Saturday, 7 September 2013

Tahniah !




Terima kasih kepada penulis.


Dan

Tahniah untuk novel yang sangat sarat dengan pengetahuan.


13jam A380 buat saya terbang di udara bersama wataknya.

Saya sama-sama selami ilmu bersama mereka.

Mengenali kehidupan yang sebenar.

Banyak ilmu yang saya dapat melalui novel ini.

Ilmu dari segi kehidupan, pengetahuan 
dan yang paling penting,
 ilmu dakwah yang berjaya mencuit hati saya sebagai pembaca.

Tahniah sekali lagi kerana berjaya menyampaikan dakwah Islam melalui cara penulisan novel ini.

Novel ni buat saya terbang tinggi se tinggi MAS A380.
Walaupun khayal seketika di awangan, penulis berjaya membawa saya ke dunia sebenar.
Dunia yang dipinjamkan oleh DIA.

Buat saya sedar dengan kelalaian saya

Membuat saya sedar akan tugas sebenar di dunia-NYA.
 



 Kenal watak-watak ini buat saya rasa bertuah.
Bertuah kerana saya dapat ilmu yang sangat banyak.




Terima kasih dan TAHNIAH untuk penulisan yang hebat ini.
BRAVO!









Thursday, 5 September 2013

29 Syawal




29 SYAWAl

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, 25 August 2013

MERDEKA !


''Usaha tangga kejayaan.''

''Demi 10markah, aku teruskan.''

''Walau kena menyanyi dekat depan, akan aku lakukan.''

''Semoga 10 markah ada dalam genggaman.''

p/s: terima kasih untuk cik fara sebab sudi contengkan bintang dan bulan dekat jalur gemilang aku ni. Walaupun jalur gemilang aku lebih buruk daripada contengan budak tadika.

''it's not about the art. it's all about the sense of pride to be Malaysian''


Aku anak Malaysia!

Aku bangga!

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke-56!

Malaysia BOLEH!

Saturday, 3 August 2013

Dee' product


Anaa sudah jadi ini saudagar minyak wangi.

Haiya! haiya!

Beli ini minyak sama ana.

Bau banyak wangi.
Tahan lama.
Harga pun lagi murah dari yang kat kedai.

Jangan salah faham.
Anaa bukan jual minyak wangi yang pasar malam punya.
Spray pukul 2,pukul 2.15 dah takde bau.

Ini minyak tahan sampai 5-6jam
Datang dari Dubai sana.

Ada macam-macam jenama.
Harga murah-murah jee.

Rm150

Market price: rm200++

Moh lerr beli !

Friday, 2 August 2013

Perhatian


Kajian mengatakan bahawa perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki.

Pada usia 18-20tahun,
seorang perempuan telah mengalami proses kematangan.

Manakala lelaki pada usia tersebut masih mengekalkan identiti tidak matang.

Tidak hairan laa jika si lelaki masih menggunakan idea/alasan bodoh untuk melepaskan diri daripada masalah.

Namun begitu, hal ini bolah di selesaikan jika ada kemahuan daripada empunya badan.

Antara contoh ketidakmatangan lelaki pada usia 18-20tahun:

1. Menggunakan alasan tidak logik untuk mendapatkan sesuatu. 

Seperti: Mahukan perhatian daripada pasangan ataupun kekasih. Perhatian di sini bermaksud, mahukan pasangan yang mempunyai masa 24/7 bersama dia. Tanpa mengira faktor faktor yang mungkin ada. Si lelaki hanya fikirkan kemahuannya tanpa mengetahui apa yang di hadapi oleh pasangannya. Hal ini akan sering berlaku apabila pasangan itu mrnjalinkan hubungan jarak jauh,

''long distance relationship''

2. Pengaruh

Seperti: Apabila dia melihat kawan-kawan sekeliling berlaku curang kepada pasangan mereka, hati turut terdetik untuk melakukannya. Perkara ini tidak berlaku kepada lelaki sahaja, perempuan turut melakukan hal yang sama. Di sini akan wujudnya hubungan yang bersegi-segi.

''platonic cinta'' 

3. Tindakan melulu.

Seperti: Membuat keputusan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang dan pihak yang terlibat. Hal ini akan menyebabkan banyak pihak menerima kesan.

''you get what you give''


Monday, 29 July 2013

Rasa ini..


Sakit pabila orang yang aku sayang buat begini.
Kecewa apabila harapan yang aku berikan tak di hargai.
Rasa dikhianati bila terbaca apa yang cuba di sembunyi.

Sedih bila mengenangkan nasib diri.
Rasa di perbodohkan oleh orang yang di sayangi.
Tidak adil apabila diperlakukan sebegini.

Rasa diri ini umpama boneka yang tak berharga.
Diri ini hanya di perlukan kala sunyi.
Si dia umpama ketawa melihat diri ini.

Termenung mencari khilaf diri.
Dimana silap yang tersembunyi?
Hati siapa yang aku guris?

Sakit ini tak siapa yang mengerti.
Mereka cuma nampak lakonan diri.
Hati yang terluka di tanggung sendiri.

Sampai bila aku nak bersembunyi?
Aku tak mampu pejam mata lagi.
Peritnya masih dirasai.

Aku tak mampu bertanya itu ini.
Hanya mampu menunggu dia memberi.
Berharap agar dia jujur kali ini.

Jelaskan semua yang tersembunyi.
Perkara yang aku tak ketahui.
Siapa dia dan siapa aku?

Mungkinkah ini cemburu?
Atau luka hati?

Aku tak minta kau memilih.
Cukup kau jujur.
Aku sudah mmengerti.

Kalau dulu aku lari.
Sekarang aku tunggu penjelasan.
Tunggu pengakuan kau sendiri.

Saturday, 27 July 2013

Peluang ke 2?


Kenapa perlu ada peluang ke-2?

Kepercayaan datang dahulu sebelum kasih sayang.
Kalau di balas dengan kecurangan, mana mungkin ada peluang ke-2.

Aku masih ingat apa yang Miss bagitahu aku.

''semua yang berlaku adalah berpunca daripada diri kita sendiri"

Mencari di mana silap diri ini.

Adakah aku ambil hak orang?
Adakah aku lukakan hati seseorang?

Oh Tuhan..
Sakitnya hanya Dia yang tahu..

Maa,,,
ini ke yang angah dapat lepas angah buat untuk dia?
Ini ke balasan yang angah terima?

Kalau angah tahu, angah akan sakit lagi, angah takkan bawak dia jumpa Maa.
Angah takboh Maa pun turut terluka.

Aku cuba lupakan semuanya.
  Cuba pujuk hati aku untuk dia.

Aku pejam mata untuk perkara yang berlaku.
Aku cuba semuanya.
Tapi kenapa aku masih terluka.

Terluka dengan orang yang aku sayang.
Orang yang keluarga aku sayang.

Redha?
Aku dah redha semua benda yang dia buat dulu.

Tapi kali ni?
Aku tak tahu.
Aku tak tahu mampu tak aku redha seperti dulu. 

Rasa sayang ni?
Aku akan simpan rasa sayang ni.

Untuk siapa?
Untuk dia.

Siapa?
Dia yang selayaknya.

Untuk kau..

''Kenapa kau perlukan peluang ke-2?''

''Sedangkan peluang pertama kau siakan begitu sahaja.''

''Kesetiaan yang aku berikan, kau balas dengan kecurangan.''

''Kebahagiaan yang aku harapkan, kau berikan kedukaan.''

''layakkah kau untuk dapatkan peluang ke-2?''

''Maaf andai aku pernah lukakan hati kau.''

''Kau tak perlukan aku.''

''Bagi kau aku bukan siapa-siapa.''

''Kau selayaknya dapat orang yang lebih baik.''

''aku bukan boneka yang kau perlukan saat kau keseorangan.''

''terima kasih untuk rasa yang kau berikan ini.''

''untuk kesekian kalinya, terima kasih..'' 




 



Tuesday, 9 July 2013

Berjumpa lagi..



Yang di tunggu telah tiba.
Alhamdulillah...

Bila sebut je Ramadhan, banyak benda terlintas dalam kepala.

1-Terawih
2-Sahur
3-Zakat
4-Bazaar
5-Bedil
6-Pelita
7-Mercun
8- Malam lailatuqadar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Last but not least

''Aidilfitri''


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.
Amin..

Friday, 5 July 2013

Tuesday, 25 June 2013

Perjalanan..

  
Aku Lala. Perjalanan aku bermula sebaik sahaja aku tamat zaman persekolahan. Aku tak keseorangan. Bersama aku ada hampir 20 orang yang aku anggap kawan. Namun, sorang demi sorang pergi menjauh. Ada haluan yang mereka pilih sendiri. Aku ingatkan orang yang sama-sama memulakan perjalanan dengan aku akan terus bersama aku. Langkah aku menjadi semakin perlahan. Malah ada yang melemparkan kerikir tajam ke arah aku. Tapi aku tak jatuh. Siapa sangka, Allah berikan aku pilihan. Dalam aku asyik terus berjalan, Allah buka satu haluan baru untuk aku. Aku pilih haluan baru. Tak ku sangka, haluan baru yang aku pilih penuh cabaran. Sempit. Berduri. Namun aku terus melangkah demi keluarga dan cita-cita. Dan aku tahu beliau ada untuk sokong aku. Haluan aku semakin hari semakin di permudahkan oleh Nya. Saat aku sudah mampu menstabilkan diri di haluan baru, aku terpandang akan beliau. Beliau bersama seseorang. Ya..seseorang yang aku kenal. Orang yang memulakan perjalanan bersama aku dahulu. Mungkin beliau aku abaikan saat aku terlalu asyik dengan haluan baru ku. Aku terpandang akan kebahagiaan beliau bersama seseorang. Aku berjeda seketika. Mengenang nasib diri. DIA di atas sana menitipkan kekuatan untuk aku. Kenapa perlu aku berhenti? Aku sepatutnya menikmati haluan ku yang kini berturap usaha. Berpagarkan peluh keringat. Aku terus melangkah. Kenkadang aku berlari. Menikmati haluan yang aku usahakan. Di sebalik ini semua, ada sahabat yang menyokong aku. Walaupun dia di haluannya, tapi dia masih kirimkan semangat untuk aku. Terima kasih. Di tengah perjalananku, Beliau datang. Datang menyapa aku. Sayangnya, aku bukan Lala di awal perjalanan dulu. Aku adalah Fadi. Lala sudah pergi. Pergi bersama angin yang menyapa. Mengapa Lala pergi? Kerna Lala terlalu banyak terluka. Lala berkorban demi kawan, demi beliau. Tapi tiada orang pun yang menghargai usaha Lala. Fadi akan terus berjalan, demi mengubat luka yang Lala alami. Aku tak keseorangan. Ramai yang silih berganti menemani aku. Beliau? Beliau berjalan bersama aku. Aku tak halang beliau untuk berjalan bersama aku dan aku tak pernah menrayu agar beliau menemani aku. Beliau pergi dahulu atas kemahuan sendiri. Beliau kembali kini bukan kerana aku yang mengemis. Perjalanan aku masih panjang. Masih banyak dugaan. Aku perlu bersedia. Orang sekeliling panggil aku Dilah. Aku sedar ada kelembutan dalam panggilan ''dilah''. Oleh sebab itu, orang dengan mudah pijak aku. Jatuhkan aku. Hukum aku. Aku perlukan identiti baru. Bukan lagi identiti yang buat orang senang-senang jatuhkan aku. Bermula saat ini, panggil aku Dee !

Saturday, 8 June 2013

Ulang Tahun ke-9 belas


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Aku masih bernyawa sehingga ke hari ini..

 Baru-baru ni aku sambut ulang tahun ke-9 belas.
Tahun terakhir aku bergelar gadis belasan tahun.
Sekejap jee masa berlalu kan..

Petang tuu aku keluar dengan Fara, Aileen dan Mine.
Mereka belanja aku naik bot.
Best giler!



 Selain tuu,,
mereka belanja kek!

Terima kasih sahabat.
Aku tak pernah rasa happy camni.

Ada mu 3 orang pun cukup doh untuk buat ulang tahun aku bermakna.



Petang keluar dengan sahabat.
Malam pulak keluar dengan En. Wan


Tadaaaa!

Beliau belanja kita makan sate.
Weee~

Seronok giler!

Terima kasih beliau.

Terima kasih buat semua yang kasi ucapan, doa dan semuanya.
Terima kasih..

Thursday, 30 May 2013

Hospital !



Assalamualaikum...

Nak cerita pengalaman baru aku.
Tak pernah-pernah  pun adik beradik aku yang check in dekat hospital sebelum ni.
Tetiba aku lak yang pecah tradisi.

Mahu kecoh satu rumah masa malam kejadian bila aku menangis teresak esak sebab tak boleh buang air.

Maa pun bawak pergi hospital.
ingatkan tak payah laa bermalam, misi kat sana saja tak kasi aku balik.


Badan aku kurang air.
Ye.. aku ngaku yang aku memang tak minum air masak. Asyik minum air manis jee.
Mahu tak kering air dalam badan aku.
Selama aku check in dekat rumah batu tuu, hampir 4 botol air dieorang masukkan.



Lepas buang wayar tuu, baru laa aku boleh bergerak sikit.
Kalau tak kerana tangan aku bengkak, takde maknanya dieorang nak cabut.
Nak makan pun susah bila ada wayar tu.

Nasib baik Maa tolong suapkan.
Heee.. sila jeless..



Adik-adik bergilir jaga aku dekat hospital.
Aku mana boleh duduk sensorang.

Waa pun ada datang jenguk aku.
Terima kasih Waa!

Sepatutnya tak payah bermalam, tapi suhu badan aku tinggi.
Sebab tu kene tahan jugak.
Kakak teman aku tidur malam tuu.

Kakak sampai terpaksa ambik cuti kecemasan.


 Bila surat keluar dortor kasi, mahu nak melompat aku.
Aku dah rindu giler nak balik rumah.
Bukan best pun duduk dekat rumah batu tu.

Tapi ok laa,
Dapat pengalaman..

Yang paling best bila misi-misi kat sana jadi kawan aku,
Yelaa semua sebaya dengan aku.
Siap borak borak lagi.

Tak sempat nak ambik gambar.

Kalau cik misi baca blog kita ni, cik misi contact laa kita.
 Best laa kawan dengan cik misi semua !



ini lagi sorang yang teman aku dekat hospital tuu.

Terima kasih sebab sudi teman saya !

Monday, 27 May 2013

Cuti Semester



Assalamualaikum..

Cuti semester yang agak panjang.
Mesti ada yang tengah buat part time sekarang.
Aku ni pun buat part time jugak.
Jadi babysitter.

Jaga Dadaa dekat rumah.

Sibuk sangat layan si Dadaa sampai tak sempat nak on lappy.
Dah berhabuk pun lappy kita.

Sepanjang cuti bermula aku memang duduk rumah jee.
Nak keluar tapi tak sampai hati nak tinggal Dadaa.
Jadinya aku habiskan masa dengan baca novel.

Setelah sekian lama aku tinggal kan aktiviti membaca aku..
Tapi Maa bagi syarat kalau aku nak baca novel.
Kena make sure semua kerja siap.

Sapu sampah.
Kemas rumah
Mandi adik
Ambil adik sekolah

Lepas semua kerja siap, baru boleh baca novel.

Cuti, cuti jugak..
hati tetap tak tenang.

Result dah nak keluar!!!

Berapa laa pointer aku kali ni,.

28/5/3013

p/s: good luck untuk classmate aku yang tersayang..
moga kita dapat banggakan Daddy kali ini..



Sunday, 14 April 2013

Pengurusan Pelancongan

 
Assalamualaikum...
Apa khabar?

Lama tak update blog..
Sebenanrnya banyak cerita yang nak di kongsi. 
Al maklum laa busy memanjang.
Lepas kem,kem lagi.

Tapi seronok!

Harini kami, DUP2A telah selamat menjayakan pakage yang telah kami hasilkan.
Awesome!

Kita buat pakege then jual.
seronok sangat!

Satu pakage ke memorial batu bersurat.
Satu lagi pakage outdoor photography.


Banyak ilmu yang kami dapat harini.
Alhamdulillah....
 dan kami sangat bertuah apabila ada sorang encik yang sudi guide kami.
Kami di bawa ke tempat pemuliharaan tuntung.

 
Lepas tuu kami singgah di makan Tok Gajah.
Pahlawan tanah melayu suatu ketika dahulu. 


Dan kami dibawa ke satu tempat yang sangat cantik.
 Tepi sungai.
Untuk outdoor photography.

Sayangnya,,cuaca tidak mengizinkan.
Tapi tetap berjalan dengan lancar.



Mereka mereka ni laa yang kena beli pakage kami buat.
Hahahaha xD

Semuanya telah berlangsung dengan jayanya.
Alhamdulillah..

Semoga apa yang kami,pelajar pengurusan pelancongan belajar hari ini, mampu menjadikan kami insan yang lebih berjaya di masa hadapan. 
Amin...amin..


 Crew Hulu Travel and Tour



Tuesday, 19 February 2013

Zaman Pra-matang


Salam..

Jom masuk mesin masa

Kita kembali ke zaman persekolahan.

-

-
-
2012
-
-
-
2011
-
-
-
2010
-
-
-
2009
-
-
-
2008
-
-
-

Pada tahun 2007, aku dengan rasminya menjadi pelajar

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG NEGARA.

Ok! sama sekolah dengan kakak aku.
Err~

Di SMKPN ni laa aku jumpa first couple aku.
Aku jumpa sahabat aku.
Aku kenal hamba ALLAH hamba ALLAH itu.

Macam-macam kenangan tercoret.
Ada yang pahit, dan ada yang manis.

Let me story mory..

Dengan keputusan 2A 2B dan 1C,
Aku buat rayuan masuk SMKPN.

Maa cakap senang sebab satu sekolah dengan kakak aku.
Yelaa, result UPSR aku bukannya awesome sangat..

Masa form 1, aku duduk class Efisien.
Kelas nombor 5.
Dan tak sampai sebulan aku tukar, naik kelas Dediksi.

Masa Form 1 laa aku jumpa first couple aku..
*macam malu pulak kita*
Sekelas kot.

Then form 2 naik kelas Bestari.
Masa form 2 ni laa aku kenal Aileen,Zeera,Mine dan Fara.
Tapi tak rapat sangat.

Form 3 pun still kelas Bestari.
Dan masa form 3 ni laa kenangan manis tercoret.

Result PMR aku sangat awesome.
Sampai Maa tak sangka aku mampu dapat result 7a1b.
Yelaa,, aku kan banyak main.

Result PMR yang aku dapat buat aku layak duduk di claas
Sains Tulen, 4Arif.

Aku memang nak sangat masuk class SC sebab aku minat biology.

Haaaa ni bukti aku adalah pelajar class Pure Science
Bedah katak tu derr..


Bak kata orang, lepas PMR semua honeymoon year.
Aku pun termasuk sama laa.

Kesan daripada honeymoon year aku tu,
aku turun kelas Bestari masa form 5.
 padam muka aku !
 
Ohh muka innocent giler!

Haaaa, masa form 5 ni laa banyak kenangan yang tercoret.
Aku duduk class yang agak puaka laa bagi aku.
opss*

Nasib baik ada Aileen, Mine, dan Daniel.
Takde laa aku rasa class tu macam haper jee.

Masa form 5 ni laa aku banyak tak hadir.
Tahun aku sakit mungkin.

Dan yang aku paling takleh lupa adalah,
Ada sorang hamba ALLAH yang pukul kepala aku dengan botol air.
Lelaki kot !!

Reason dia pukul aku?
Arggh! malas aku ingat.

Dan aku tak leh lupa bila ada yang cakap aku ni tak layak di buat bini
Dan dengan mudahnya memberi title bodoh kat aku.
 Just sebab aku turun kelas, beliau dengan mudah memberi title bodoh kat aku.

Eh hello!
 selama 17 tahun aku hidup, Maa tak pernah cakap aku bodoh.
Tapi beliau dengan mudahnya melontarkan perkataan demikian.

Satu kamus Oxford pun belum tentu dapat bagi definisi bodoh tetapi beliau dengan mudahnya melontarkan perkataan itu kat aku semata-mata kerana aku turun kelas.

Ohh terima kasih wahai Beliau!

Dan aku janji, bila aku nak kahwin nanti, aku nak hantar sebundle kad jemputan dekat beliau dan beliau.

Dan aku nak cakap,
Aku laa orang yang beliau kata tidak layak di buat bini.
 
Forever 16

Walaupun macam-macam kenangan pahit tercoret,
Alhamdulillah aku still mampu menghabiskan zaman sekolah menengah aku.

Aku tak peduli pun apa cerita yang di bualkan tentang aku, janji aku pergi sekolah.
Aku memang tak leh terima bila hal luar sekolah aku di persoalkan.

Ye ye aku tahu aku ni takde laa baik mana,
Tapi aku masih boleh fikir dengan waras.

Maa dan Ayah bagi didikan agama yang cukup untuk aku.
Setiap langkah aku, Maa dan Ayah tahu.

Even aku keluar dating pun Maa yang hantar.
Yang mereka duk sibuk tu kenapa??

Argh!

ITU SEMUA POYO !!


Dan benda yang aku selalu buat masa zaman sekolah dulu adalah skodeng.
jeng jeng jeng!
Aku selalu skodeng bebudak dating.

Macam-macam drama aku tengok.
 Ada yang berdrama kasih, ada yang berdrama air mata bagai.

Oh cinta Monyet!
 
Bergraduasi di SMKPN

Alhamdulilah
 aku tamatkan zaman persekolahan aku di SMK Padang Negara.

Menduduki Sijil Pembelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011
sebagai calon SPM bagi aliran Sains Tulen.

Dan pada 22March2012
result SPM di umumkan.

Keputusan aku,,

2a 2b 3c 1d dan 1e

Budak lepasan SPM

Tak dapat tawaran UPU.
Aku sambung pembelajaran aku di tingkatan 6.

Masa form 6, aku still ambik aliran SC di sekolah menengah sultan sulaiman.
 Mula-mula malu gak 
tapi lama-lama rasa ok.

Dapat classmate yang ohsem!
Kepala giler-giler.
Best sangat.

tingkatan 6 bawah

 Dalam aku cuba sesuaikan diri di tingkatan 6,
aku dapat tawaran ke politeknik dalam khusus pengurusan pelancongan.

Kata orang peluang cuma sekali,
Maka aku ambik peluang tu dengan azam nak tebus semua kesilapan yang aku buat masa zaman sekolah.

Memandangkan Politeknik yang aku dapat terletak di dalam Terengganu jugak,
Maa lepaskan aku pergi.

Tapi niat di hati nak tukar poli. Kalau boleh nak mintak poli dekat Johor tak pun Melaka.
Tapi bila dah seronok duduk di Kota Metropolitan Kuala Berang ni, rasa sayang pulak nak pindah. 

Lagipun aku dapat balik tiap-tiap minggu.
 Maa cakap dia nak datang ambik tiap-tiap minggu sebab campus aku dekat je.

Sekarang anakmu menuntut janji wahai Ibu...
Muahahaha xDD

Dan sekarang aku bergelar student PHT.

Rumit jugak perjalanan zaman persekolahan aku.
Macam-macam benda aku buat.
Macam-macam benda terjadi.

Tapi itu semua laa yang buat aku bertambah matang.
Heeee~

Kenangan yang aku rasa pahit tu sebenarnya kenangan yang buat aku tersenyum harini.
Bukankah pengalaman itu guru terbaik.
Kan??

we learned from our mistake...from our past

"Zaman sekolah adalah zaman yang paling kita rindu suatu hari kelak."



Thursday, 14 February 2013

Sahabat..


Sahabat..

Entah kenapa aku teringin nak tulis mengenai ''sahabat''

Bagi aku sahabat ni adalah insan yang sentiasa ada di sisi saat senang mahupun susah.
Sahabat,kawan,teman

Pada sesetengah orang mungkin sahabat kawan dan teman adalah orang yang sama.
Tapi bagi aku tak.

Kawan??
Kita ada ramai kawan. Even baru tahu nama pun dia dah dapat pangkat kawan kepada kita.

Teman?
Sound special..
It could be TTM (Teman tapi mesra)

Sahabat..
Tak semua kawan kita adalah sahabat kita.
Tak semua teman mampu gantikan tempat sahabat.

Sahabat ni....
Orang yang sentiasa ada bersama kita.
Tak kira masa senang mahupun susah.

Tapi untuk anda-anda yang sudi baca entry saya ni, saya nak pesan satu benda..

"Musuh ketat kita adalah kawan baik kita sendiri"

Hahahaha
Mungkin sesetengah orang tak percaya..

One fine day,, you will agree with me.

Aku nak share dekat korang orang yang aku anggap Sahabat..

Aileen
Fara
Zeera
Mine


Mereka adalah sahabat terbaik yang pernah aku ada.
Saat aku jatuh, mereka setia di sisi aku.
Walaupun beribu orang menghina aku, mereka tetap setia di sisi aku.

Aku rindu sangat dengan korang..
Aku tahu masing-masing sibuk dengan belajar..
Tapi aku tak pernah sekali pun lupa korang..

Dua jejaka.

Daniel & Aliff

Aku kenal Daniel dari tingkatan 1
Kami sekelas. Aku selesa berkawan dengan dia.
Aku mula rapat dengan Aliff masa tingkatan 4.

Time tu kami selalu bertiga.
Pergi mana2 wajib ber-3.

Dan ada jugak yang jealous.
Of cozz laa makwe si daniel ni.

Aku selesa nak bercerita apa-apa dekat mamat 2 orang ni.



Ini Waa.

Aku kenal dia masa tingkatan 1 jugak. 
Tapi masa tu kami tak sekelas.
Aku selalu laa jugak cakap cakap dengan dia.

Alhamdulillah..
Walaupun dah habis sekolah, aku dengan Waa masih contact.
Dulu kami memang tak rapat. Tapi aku tak pernah lupa dia.
 Aku selalu pesan dekat Waa,

Walalupun beribu orang lupa dia, aku tak pernah sekali pun lupa dia.


Aten...

Aku kenal Aten masa aku masuk form6.
Dan aku tak tahu macam mana aku selesa dengan dia.
Dan dia pun boleh go on dengan aku.

Setiap kali aku balik, aku nak sangat jumpa dia.
Aku sayang sangat dengan Aten.

Sekarang dia dah study jauh.
Aku rindu dia..

Dia selalu faham masalah aku..
Aku dengan dia dah macam adik-beradik.
 Apa yang aku lalui, dia pun pernah lalui.
Dan apa yang dia alami, aku pernah alami.

Aten,, dilah rindu aten..
Lama giler kita tak jumpa..

Ini roommate tersayang aku.

Mirah & Ziera

Kami lain-lain class.

Ziera DAT2A
Mirah DAT2B
dan aku  DUP2A.

Walaupun kami jumpa hanya kat rumah, aku rasa kami sangat rapat.
Kalau nak compare dengan bilik-bilik lain, kami sangat rapat.

Kadang-kadang susah sangat nak berjumpa.
Time nak tidur je dapat jumpa, walaupun duduk serumah.
Hahahaha.

Aku respect sangat roommate aku ni.
Walaupun housemate aku sibuk duk mengata pasal aku, roommate aku tetap cool.
Langsung tak terpengaruh.
Sebab dia kenal aku macam mana.

Kemana aku pergi, pukul berapa aku nak balik, dengan siapa aku nak keluar, Mereka berdua ni laa orang yang akan aku inform.

In case kalau terjadi apa-apa dekat aku, maa dengan ayah boleh rujuk mereka berdua.
Orang luar tepi yang duk sibuk pasal aku tu tak penting.
 Bagi aku, Mirah dan Ziera lagi penting.

Alhamdulillah,,,
Aku bersyukur kerana Allah kirimkan mereka semua dalam hidup aku..

Terima kasih Ya ALLAH..

Selepas Maa, Ayah dan family yang lain, mereka laa orang penting dalam hidup aku.
Mereka laa yang ada saat aku susah, saat aku senang.
Berkongsi tawa..berkongsi duka dengan aku.

Mereka laa yang gapai tangan aku saat aku terkapai lemas dalam kekecewaan.

Mereka laa orang yang lap air mata aku di saat aku menangis dikecewakan orang yang aku anggap sahabat dunia dan akhirat.

Mereka laa yang sama-sama berkongsi ketawa dengan aku.

Mereka laa orang yang tak pernah pandang kelemahan aku.

Mereka laa orang yang tak pernah kisah dengan taraf pembelajaran aku.


Dan
Mereka sentiasa ada dalam doaku.....

Semoga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke Jannah..
Amin......