Kajian mengatakan bahawa perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki.
Pada usia 18-20tahun,
seorang perempuan telah mengalami proses kematangan.
Manakala lelaki pada usia tersebut masih mengekalkan identiti tidak matang.
Tidak hairan laa jika si lelaki masih menggunakan idea/alasan bodoh untuk melepaskan diri daripada masalah.
Namun begitu, hal ini bolah di selesaikan jika ada kemahuan daripada empunya badan.
Antara contoh ketidakmatangan lelaki pada usia 18-20tahun:
1. Menggunakan alasan tidak logik untuk mendapatkan sesuatu.
Seperti: Mahukan perhatian daripada pasangan ataupun kekasih. Perhatian di sini bermaksud, mahukan pasangan yang mempunyai masa 24/7 bersama dia. Tanpa mengira faktor faktor yang mungkin ada. Si lelaki hanya fikirkan kemahuannya tanpa mengetahui apa yang di hadapi oleh pasangannya. Hal ini akan sering berlaku apabila pasangan itu mrnjalinkan hubungan jarak jauh,
''long distance relationship''
2. Pengaruh
Seperti: Apabila dia melihat kawan-kawan sekeliling berlaku curang kepada pasangan mereka, hati turut terdetik untuk melakukannya. Perkara ini tidak berlaku kepada lelaki sahaja, perempuan turut melakukan hal yang sama. Di sini akan wujudnya hubungan yang bersegi-segi.
''platonic cinta''
3. Tindakan melulu.
Seperti: Membuat keputusan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang dan pihak yang terlibat. Hal ini akan menyebabkan banyak pihak menerima kesan.
''you get what you give''

No comments:
Post a Comment