Kenapa perlu ada peluang ke-2?
Kepercayaan datang dahulu sebelum kasih sayang.
Kalau di balas dengan kecurangan, mana mungkin ada peluang ke-2.
Aku masih ingat apa yang Miss bagitahu aku.
''semua yang berlaku adalah berpunca daripada diri kita sendiri"
Mencari di mana silap diri ini.
Adakah aku ambil hak orang?
Adakah aku lukakan hati seseorang?
Oh Tuhan..
Sakitnya hanya Dia yang tahu..
Maa,,,
ini ke yang angah dapat lepas angah buat untuk dia?
Ini ke balasan yang angah terima?
Kalau angah tahu, angah akan sakit lagi, angah takkan bawak dia jumpa Maa.
Angah takboh Maa pun turut terluka.
Aku cuba lupakan semuanya.
Cuba pujuk hati aku untuk dia.
Aku pejam mata untuk perkara yang berlaku.
Aku cuba semuanya.
Tapi kenapa aku masih terluka.
Terluka dengan orang yang aku sayang.
Orang yang keluarga aku sayang.
Redha?
Aku dah redha semua benda yang dia buat dulu.
Tapi kali ni?
Aku tak tahu.
Aku tak tahu mampu tak aku redha seperti dulu.
Rasa sayang ni?
Aku akan simpan rasa sayang ni.
Untuk siapa?
Untuk dia.
Siapa?
Dia yang selayaknya.
Untuk kau..
''Kenapa kau perlukan peluang ke-2?''
''Sedangkan peluang pertama kau siakan begitu sahaja.''
''Kesetiaan yang aku berikan, kau balas dengan kecurangan.''
''Kebahagiaan yang aku harapkan, kau berikan kedukaan.''
''layakkah kau untuk dapatkan peluang ke-2?''
''Maaf andai aku pernah lukakan hati kau.''
''Kau tak perlukan aku.''
''Bagi kau aku bukan siapa-siapa.''
''Kau selayaknya dapat orang yang lebih baik.''
''aku bukan boneka yang kau perlukan saat kau keseorangan.''
''terima kasih untuk rasa yang kau berikan ini.''
''untuk kesekian kalinya, terima kasih..''

No comments:
Post a Comment