Monday, 14 May 2012

Selamat Hari Ibu!


Sambutan Hari Ibu Haram?
Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Sumber : dakwah.org
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

kenapa dikatakan hari ibu haram disambut?
disebabkan kenyataan di atas tu?
iyer.
memang betul asal usul hari ibu itu seperti yang dinyatakan di atas.
tapi, aku sedikit tidak puas hati la kan.
kenapa?

Oh come on,
kalau dah tahu dari dulu tak boleh kenapa tak cakap awal2?
bukankah orang2 yang keluarkan statement tu, dan yang membuktikan fakta tu pandai2 belaka?
kenapa tahun 2011 baru la nak cakap itu haram ini haram.
adoi, aku bukan laa nak cuba menentang.
aku tak mampu nak buat apa2.
aku hanya seorang blogger yang hanya mampu duduk depan laptop dan beri pandangan.

kita semua tahu, remaja sekarang sukar untuk menghormati ibu bapa.
so, baik bukan dengan adanya sehari dalam setahun itu sambutan hari ibu?
inilah cara untuk mereka menghargai jasa ibu mereka.
apa?haram?

hello kawan2.
setiap perkara kita lakukan bermula dengan niat kan?
so, apakah niat anda menyambut hari ibu?
memperingati dewa juno tu?
tidak bukan?
menghargai ibu korang kan?

so, kalau tak wujud langsung hari ibu apa jadi?
lagila haram korang nak ingat ibu korang kan?
jadi, janganlah berfikiran cetek.
janganlah cepat terpengaruh dengan media2 lain yang sering menimbulkan macam2 persoalan.
''copy&paste''


Aku berterima kasih sesangat dekat orang yang tulis kenyataan kat atas ni.
Aku sutuju habis dengan dia.
Macam tak kena je bila kita sambut hari ibu dengan
niat
nak menghargai jasa dan pengorbanan ibu pun dikatakan haram.

Salah ke kalau satu hari tu kita raikan ibu yang tercinta?
Dari kecik sampai ke besar panjang ibu jaga kita,
apa salahnya kita raikan jasa dia.
Kalau mereka-mereka yang lain still kata hari ibu haram,
aku nak tanya satu benda..

Haram tak...

Hari guru?
Hari jururawat?
Hari kanak-kanak?
Hari wanita?
Hari buku sedunia?
Hari bumi?

Tolong jawab..


Ada yang cakap


''niat tak menghalalkan cara''


cara macam mana tu ye?

Ada ke orang sambut hari ibu dengan buat parti yang ada arak bagai?
Ni Malaysia laa,,
Mereka yang still sambut hari ibu ni cuma
bagi hadiah dan ucapan terima kasih dekat ibu masing-masing.
Cara tu pun salah ke?

Kalau awak-awak semua amggap hari ibu tu haram, sokey.

Itu pendapat masing-masing bukan :)
Tapi tolong laa jangan libatkan orang lain.

for my mom..

Angah sayang maa sangat-sangat.
Terima kasih sebab jaga angah dari kecik sampai sekarang,
Terima kasih sebab selalu masakkan makanan untuk kami semua.
Terima kasih sebab selalu marah-marah angan bila angah tkboh makan ubat.
Terima kasih sebab banyak berhabis duit untuk angah,
Terima kasih sebab selalu jadi pendengar pada setiap masalah angah.
Terima kasih sebab bawa angah kenal dunia Allah ni.

Terima kasih

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih

Untuk segalanya...............


Angah sayang Maa sangat!



No comments:

Post a Comment